Hellow.
hari ni adalah hari gembira buat saya.
sangat-sangat gembira.
nak tahu kenapa? sebab seharian bersama teman tersayang iaitu YUNI.
rancangan minit terakhir je. tak sangka pulak dia pon nak pergi p11. hehe. kebetulan. keluar rumah pukul12.30 dan terus tunggu bas. terus jumpa yuni kat SMKPP11(1). baru je turun bas,dah peluk-peluk,lompat-lompat,jerit-jerit,cium-cium pipi. hehe. sebenarnya aku ni bukan la jenis jumpa kawan menggedik-gedik macam tu. dengan orang lain aku tak buat macam tu la. dengan yuni je aku macam tu. macam setahun tak pernah jumpa. haha. okay sambung cerita. Karnival Usahawan di SMKPP11 macam tak ada apa yang menarik pun. biasa-biasa je. bila dah bosan gila jalan-jalan kat situ,gerak pergi alamanda. makan kfc. lepaskan rindu kat bigapple. jalan-jalan. jumpa syafiqah yang sedang bekerja. haha. aku rasa seronok sangat hari ni. tak tahu la kenapa. kalau keluar dengan yuni je,langsung tak ingat masalah lain. lupa segala benda. haha. langsung tak berhenti borak. makan kfc pon bercakap sampai tersembur-sembur. punya la tak senonok anak dara ni makan. hilang adab. ahh. kesah apa aku. bukan depan mak mertua pon nak cover-cover. haha. tergelak-gelak sampai sakit perut. haih. bila dah penat,pulang ke rumah berehat pulak. walaupun penat tapi tak terasa sangat sebab gembira.
thanks yuni happy kan faizah hari ni. :)
No comments:
Post a Comment