Selamat Datang Ke Blog Ini. Mari la jenguk-jenguk,lihat-lihat,pandang-pandang,baca-baca. haha. Kalau ade yang tak suke tentang blog saya,tiade siape yang menghalang anda untuk tinggalkan blog ini. Dan kalau suka,follow la yaa. Trima Kaseh. (:

Wednesday, June 8, 2011

Blog baru

Assalamualaikum,
di sini saya ingin memberitahu yang saya mempunyai blog baru.
kenapa buat blog baru?
sebab hari tu saya cuba buka blog ni tapi tak boleh. 
mencuba beberapa hari tapi tetap tak boleh. 
dan selepas tu saya ambik keputusan untuk buat blog baru. 
dan tadi saya saja-saja cuba buka blog ni,tiba-tiba boleh pulak.
alahai,geramnya. 
tapi nak buat macam mana,blog baru pon dah dibuat.
jadi selepas ni,saya akan gunakan blog baru tu sebagai sambungan cerita-cerita saya di blog ni.
harap maklum.
Trima Kaseh.

Friday, May 20, 2011

Cemburu

Assalamualaikum,
alhamdulillah aku sudah pun selesai menjawab semua soalan peperiksaan pertengahan tahun. lega. tapi tak boleh nak lega sangat la faizah oyyt. percubaan SPM tak lama lagi. tinggal 4bulan je lagi. :)

Cemburu??
kenapa kita ada perasaan cemburu? aku tak suka mencemburui orang lain tapi kalau perasaan tu menguasai diri,mula la syaitan menghasut. aku mengaku kadang-kadang aku cemburu tengok orang lain lebih pandai dari aku dan pernah terfikir nak buat sesuatu untuk menjatuhkannya. okay. ini cuma pernah terlintas di fikiran tapi tak pernah melakukannya sebab aku tak nak perkara sama terjadi kat aku. memang lumrah kehidupan kalau nak berjaya kena la berusaha. dan bila dah berusaha,kejayaan di belakang kita. tapi tak semua orang dapat apa yang diinginkan. ada yang dah berusaha tapi tak juga memperoleh kejayan yang diinginkan. tapi kita tak perlu putus asa. mencuba,mencuba dan terus mencuba. disamping berusaha tak bermakna sibuk sangat sampai tinggalkan solat. betul tak? kalau berusaha separuh mati tapi tak tunaikan kewajipan tak guna juga. perlu mendapatkan keredhaan darinya barulah boleh dapat apa yang diinginkan. insyallah. 
doakan saya sentiasa dibawah dorongannya ke jalan yang benar. :)


Tuesday, May 17, 2011

Hari Lahir Mereka

Haiqal : 16mei
Bella : 17mei
selamat hari lahir yang ke-17.
semoga-semoga selalu gembira,
dan semoga-semoga kita sama-sama dapat buat yang terbaik spm nanti. 

Sunday, May 15, 2011

Akibat makan ais

Hebahkan kepada kenalan anda dan yang anda sayangi   Kesan Minum AIS   Baca dan terus sebarkan kepada teman dan kenalan anda.       Serangan Jantung dan Amalan Minum Air Panas ....    Artikel ini berguna untuk semua.   Bukan sahaja amalan meminum air panas selepas makan, tetapi berhubung SERANGAN JANTUNG!!!!.  Kita tidak akan kehilangan apa-apa... malah  akan mendapat faedah dari amalan ini.    Kepada sesiapa yang suka minum AIS, artikel ini sesuai untuk anda baca.   Sememangnya sedap minum air berAIS selepas makan.  Walaubagaimanapun, AIS akan membekukan makanan berminyak  yang baru kita makan.  Ia akan memperlahankan penghadaman kita.    Bila lemak-lemak ini terbentuk di dalam usus, ia akan menyempitkan banyak saluran dan lama kelamaan ia akan   menyebabkan lemak berkumpul dan kita semakin gemuk dan   menuju  ke arah mendapat pelbagai PENYAKIT.  Jalan terbaik...adalah untuk minum sup panas atau air PANAS/suam selepas makan.       :Nota penting tentang SERANGAN JANTUNG!!!    Anda patut tahu bahawa bukan semua tanda-tanda serangan jantung akan mula terasa pada tangan sebelah kiri.    Berhati-hati juga pada permulaan sakit sedikit-sedikit pada bahagian atas dada anda.    Anda mungkin tidak akan mengalami sakit dada pada  serangan pertama  serangan jantung.    Keletihan dan berpeluh adalah tanda-tanda biasa.  Malah 60% penghidap SAKIT JANTUNG tidak bangun selepas tidur.    Marilah kita berwaspada dan berhati-hati..    Lebih banyak kita tahu, lebih cerah peluang kita untuk terus hidup...  

lepas aku baca artikel ni,dah takut-takut nak makan ais. haih. lepas ni tak nak la makan ais dah. 

Lemah

Yaa Allah,
aku lemah saat melihat gambar tu. rasa macam nak menangis. aku tak kuat. tapi aku tak ada hak nak halang. aku hanya mampu menulis dan luahkan di sini apa yang aku rasa sekarang. aku delete friend mereka berdua sebab aku tak nak nampak lagi gambar tu. tanpa diduga selepas aku tulis kat status facebook macam ni ' yaa Allah . jauhi laa aku dari lihat gmbar tu . aku tak tabah . ' perempuan tu bagi mesej kat aku
dan tiba-tiba dia padam gambar tu dari profile picture dia. aku tak salah kan sesiapa tapi jujur aku cakap,aku salahkan diri aku sendiri sebab aku tak mampu nak terima kenyataan yang dorang bercinta. hmmm. aku bodoh kan? sangat bodoh. kepada korang berdua , saya nak cakap yang saya tak salahkan korang. ni semua salah saya sendiri. kalau korang nak letak gambar korang tu,teruskanlah. saya dah tak kan nampak gambar korang sebab kita dah tak friend kat facebook. maaf,saya terpaksa delete korang sebab saya nak jauhkan mata ni dari lihat gambar korang.
harap maaf. 

Saturday, May 14, 2011

Saturday

Salam Sejahtera
sudah lama tak update blog ni. berhabuk. nak lap-lap jap. haha. 
peperiksaan pertengahan tahun dah mula minggu lepas. aku dah cuba yang terbaik,alhamdulillah semua kertas yang dah lepas aku dapat jawab. aku tak cakap senang tapi aku bersyukur aku masih mampu menjawab. ada lagi seminggu untuk habiskan peperiksaan ni. lepas tu nak kuar dengan yuni lagi. dah janji nak keluar dengan dia selepas exam habis. nak tengok wayang,makan spegeti kat secret recipe,big apple. wahh. gila lama aku tak masuk wayang. tak sabar pulak rasanya. haha.

hari ni pergi kenduri kat dewan kompleks kejiranan presint16 ada kenduri kahwin jemputan kawan ayah. bila perut dah kenyang naik perpustakaan belajar sampai pukul4. dengan baju kurungnya,memang ayu la kan? haha. lepas tu pergi taman warisan makan jap dan baru balik rumah. sampai rumah sunyi tak berpenghuni. haha. mak,ayah,adik-adik balik kampung tengok nenek atuk. aku tak ikut sebab nak belajar. dan sekarang (9.03malam) aku sorang je kt rumah ni. kak faz keluar jumpa kawan-kawan dia dan tak balik lagi. abang pulak keluar dating la kot. haih. lapar lagi ni. tapi malas nak masak. haih. sabo je laa. haha. 

okay la. saya berhenti sampai sini dulu. kalau teruskan menaip karang sampai esok tak habis cerita. haha. :D

Friday, May 13, 2011

Nur Abiyana Safia

Hye,
petang jumaat ingat kan nak baring,rehat-rehat la tapi budak kecik ni pulak tak boleh tidur. nak tak nak pun kena la jaga dia. kalau tak dia akan buat bising dan akan ganggu mak tidur. bawak dia naik atas katil nak tidur kan tapi lagi dia suka. bising cakap sorang-sorang. tak bolah duduk diam. lepas tu bawak la keluar. lagi dia bising tengok burung terbang,semut kt dinding,lalat tebuan terbang. haih. pening kepala tengok dia. tiba-tiba dapat idea nak ambik gambar dia. wahh. bukan main lagi dia posing. aktiv betul budak comel ni. hampir 2jam layan dia. dah pukul5.30 baru masuk rumah mandikan dia. haa. budak-budak lain bukan main takut dengan air tapi dia siap mandi air pancut lagi. sampai tak nak keluar bilik air. orang nak pegang tangan dia takut jatuh tapi dia langsung tak nak dipegang. haha. mari lihat telatah Nur Abiyana Safia.





























gambar ni bergaya.

antara banyak-banyak gambar,gambar ni yang paling aku suka. 
dia nampak sangat-sangat manja.