Hye There.
hari ni adalah hari yang sangat sangat memenatkan. nak tahu kenapa? mari teruskan membaca.
seawal 6.30pagi dah bangun solat subuh. kemudian bersiap-siap. pukul7.15 dah keluar rumah nak pergi sekolah dengan tiaa. pelik juga cikgu suruh datang sekolah pukul7.30. rupanya cikgu belanja sarapan. sangat la pelik. dah habis sarapan ramai-ramai kat medan dengan cikgu hartini,ingat nak naik dewan la mula kan latihan tapi cikgu suruh berkumpul depan pagar sekolah. dan bila cikgu dah datang,arahan pertama yang diterima ialah naik turun bukit. kena pecut pulak tu. ni la yang paling aku lemah bab pecut-pecut ni. dan yang paling lambat,kena pamping lagi. adeeh. tipu la kalau aku cakap aku langsung tak kena pamping. haha. sangat la penat lepas makan kena naik turun bukit. itu satu arahan dan tak berhak bantah. buat aje laa. untung la hujan,kalau tak memang lama lagi la naik turun bukit tu. naik dewan buat latihan balingan bola sampai muntah. haha. cikgu anita ada datang tadi sumbangkan sedikit ilmu. latihan habis pukul11.30. awal sikit tak macam hari lain.
balik rumah ingat nak tidur la,tapi tak mahu lelap. siap-siap je la nak pergi alamanda. pergi dengan atin serta ili. sampai alamanda jumpa lagi mon,wanie,paan. lepas tu wahida dengan naja pulak sampai. zira,sarah,hanis tak dapat datang atas sebab tertentu. jalan-jalan,makan-makan,main boling sampai penat. atin hilang dompet waktu main token. tak pasti la macam mana bolah hilang. dah tu suruh la pekerja token tu tengok CCTV tapi tak dapat dikenal pasti then sampai la sekarang tak tahu la macam mana. mungkin report la sebab ada IC dengan kad bank lagi. haih. harap dapat la jumpa balik. balik rumah dah pukul6 tepat. sangat la penat. seronok la dapat kumpul ramai-ramai walaupun ada yang tak dapat join.
*waktu jalan-jalan dengan mon serta wanie,aku ternampak selendang yang sama warna dengan tshirt baru aku. tapi RM25. cantik sangat la selendang tu tapi tak bawak duit banyak la pulak nak beli. haih. tengok je la.
No comments:
Post a Comment