Salam Sejahtera kalian,
dah lama tak update blog ni. sibuk lah. isnin selasa ade kelas tambahan lepas balik sekolah. lepas tu ada lagi latihan rumah sukan. rabu pulak ada kokurikulum. khamis ada perjumpaan 1murid 1sukan. pada belah malam rabu,khamis dan jumaat pulak ada tusyen. sekarang dah mula sibuk dengan pemilihan bola jaring untuk wakil sekolah. baru pemilihan. belum terpilih lagi. walau pun aku adalah salah seorang pemain sekolah,tak bermakna tahun ni aku akan terpilih untuk wakil sekolah. mungkin aku tak terpilih tahun ni. sapa tahu. aku dah buat yang terbaik,Allah yang tentukan. andai kata aku tak terpilih tahun ni,tak mengapa lah.
sukantara belum bermula dan bakal bermula. jumaat ni bersamaan 25feb ada sambutan maulidur rasul. aku masuk pertandingan nasyid. macam tak percaya kan? haha. tu je la yang mampu aku sumbang kan markah untuk tingkat kan markah rumah sukan. aku tak macam korang,kuat lari. yaa. aku ngaku yang aku lemah sikit bab lari ni. memang tak laju. stamina aku tak setinggi korang. sebab aku akan rasa sakit kat pinggang. aku pun tak pasti kenapa aku sakit pinggang gila. haa. tahun ni aku ingat aku tak nak masuk acara lari. kalau boleh aku nak elakkan. kalau aku masuk pun,aku tahu aku tak mampu dapat kan juara atau naib juara. sebab aku tahu aku memang tak mampu. kalau acara lompat jauh tu aku boleh la. lompat tinggi kalau banyak latihan ringan kan badan,insyallah boleh. haha.
:)
No comments:
Post a Comment