1. nama saya NURUL FAIZAH BINTI ADNAN. cikgu hadarah sorang je yang panggil saya NURUL.
2. satu-satu nye anak perempuan dalam family en.adnan yang mempunyai kulit gelap sedikit berbanding akak-akak dan adik yang lain.
3. lahir pada 7september1994 di Hospital Universiti Kuala Lumpur.
4. sangat sukakan warna biru. segala benda warne biru akan nampak cantik.
5. tak suka akan durian. sangat sangat tak suka.
6. tak minat tengok moto + tak suka tengok orang bawak moto + tak suka naik moto dan langsung tak berkeinginan nak ambik lesen moto walau pon mak penah suruh.
7. tak suka tengok kartun.
8. sangat suka kan baby comey.
9. suka makan nasi goreng paprik. tak pernah jemu walau pon setiap hari makan.
10. sangat suka akan jus oren.
11. suke makan ais walau pon dah ramai kawan-kawan yang larang.
12. saya seorang je dalam keluarga ni mempunyai bantal peluk.
13. susah untuk menangis. kalau ade ape-ape yang menyakit kan hati,lebih suke luah kan kat seseorang.
14. susah nak merajuk. tak boley nak touching lame-lame. haha.
15. suka duduk rumah bile cuti sek. selalu tak keluar rumah. sampai jiran-jiran ingat saya masok asrama.
16. tak berapa minat berborak dengan orang tua. sebab akan rase segan.
17. akan cepat mengantuk bile belajar sorang-sorang. kurang-kurang nak ade sorang temankan belajar atau buat kerje rumah.
18. tak berapa suke menyampuk bila orang lain tengah mengumpat. diam je.
19. seorang yang susah nak dapat penyakit. haha. badan kental.
20. sangat tak suka bila dipuji comel sebab itu bukan kenyataannya.
21. teramat susah nak simpan duit. pantang tengok duit banyak,mesti nak belanje smpai habis.
22. suka gile matapelajaran matematik tapi sangat susah nak ulangkaji balik.
23. suke gile pakai wedges. tapi hanye mempunyai sepasang je. nanti bila dah ade duit banyak,nak beli wedges banyak-banyak.
24. tak suke pakai selendang. sebab selendang memang tak sesuai dengan muke saya.
25. seorang yang sangat ayu bile malam menjelma. sebab setiap malam pakai baju kurung. rutin harian.
No comments:
Post a Comment